Friday, December 25, 2009

PULANGAN UNIT TRUST LEBIH BAIK BEBANDING AMANAH SAHAM

Kebanyakan daripada 'BUMIPUTRA' amat bertuah sekali kerana mempunyai kelebihan menyimpan dalam simpanan ASB yang telah diketahui umum dapat memberikan pulangan/ dividen yang agak baik berbanding dengan FD. Namun sering kali kita melihat kebanyakan daripada kita lebih gemar mengeluarkan drpada menyimpan...Tetapi apabila saham ini dibuka kepada golongan Non Bumi, unit mereka habis dijual hanya dalam tempoh yang amat singkat, KENAPA?


Sebab mereka amat memahami konsep wang bekerja kuat untuk mereka dan bukan mereka yang bekerja kuat unutk wang tersebut.. Namun tahukah tuan-tuan bahwa pelaburan unit Trust dengan Public Mutual mampu memberikan pulangan jauh lebih baik berbanding dengan ASB, terutama untuk tujuan simpanan jangka Panjang...

Thursday, December 24, 2009

wang simpanan kwsp habis dalam masa 3 tahun selepas bersara

Sumber NST pada 27-disember-2008 melaporkan seperti yang diperolehi daripada KWSP, " Lebih kurang 70 peratus daripada penyumbang-penyumbang yang mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka pada umur 55 tahun habis membelanjakan wang simpanan tersebut dalam tempoh 3 tahun".

Saudara/saudari, dengan membuat pelaburan wang kwsp di dalam produk-produk unit amanah, anda mempunyai peluang yang lebih banyak untuk mengatasi kesan-kesan inflasi dan mengoptimumkan pulangan wang kwsp anda.

Manfaat-manfaat pelaburan kwsp :

1. Tidak memerlukan pelaburan tunai
Pelaburan di urusniaga terus daripda akaun 1 kwsp anda

2. Kepelbagaian
Peluang untuk mempelbagaikan wang persaraan anda dengan dana-dana
yang diluluskan oleh kwsp.

3. Pertumbuhan modal
Peluang untuk menikmati pertumbuhan modal yang merupakan
sebahagian daripada pulangan pelaburan untuk meningkatkan jumlah
wang simpanan kwsp anda.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami seperti di bawah ini.

Salam Hormat !

Nor Azmi bin Embong
Unit Trust Consultant
Public Mutual Berhad
Tel : 0199876285

Help people create & manage
their wealth in the islamic way!

ASAS UNIT AMANAH PATUH SYARIAH

Salam Hormat ,

Apa itu unit amanah patuh Syariah?

Ia adalah satu skim pelaburan kolektif patuh Syariah yang memberikan para pelabur peluang melabur dalam sebuah portfolio pelbagai instrumen pasaran modal Islam.

Unit amanah patuh syariah diuruskan oleh pengurus dana profesional mengikut kehendak syariah.

Manfaat melabur secara Islam:

1. Pengurusan dana yang profesional

2. Kepelbagaian

3. Pertumbuhan modal/ aliran pendapatan

4. Berlandaskan kehendak syariah

5. Kecairan

6. Kemudahan dan kemampuan

7. Pendedahan pelaburan

8. Pengawalan

9. Manfaat-manfaat pulangan berganda

Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya seperti
di bawah ini.

Nor Azmi bin Embong
Unit Trust Consultant
Public Mutual Berhad

Services :
* EPF Investment Scheme
* Islamic Investment

INFLASI

Saudara/saudari,

Apakah Inflasi?

Inflasi di takrifkan sebagai peningkatan beransur-ansur dalam
paras harga umum untuk produk-produk dan perkhidmatan-
perkhidmatan.

Sekiranya inflasi naik, setiap ringgit yang anda miliki akan
membeli peratus yang lebih kecil bagi sesuatu produk atau
perkhidmatan. Dalam kata lain, terdapat kemerosotan dalam
kuasa membeli anda.


Sebagai contoh, dari segi teori secawan teh tarik berharga RM1
akan berharga RM1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi
tempoh itu ialah 5 peratus.

Saudara/ saudari,

Bagaimana kita boleh mengatasi inflasi ?

Di bawah ini adalah beberapa cara bagi membolehkan anda
mengurangkan kesan-kesan inflasi:

1. Mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan-
pelaburan anda.

2. Mengekalkan kepelbagaian dalam pelaburan-pelaburan anda

3. Mengurangkan pemegangan wang tunai yang banyak.

4. Melabur di dalam sektor-sektor yang berdaya tahan.

5. Menguruskan hutang anda

Diharap tips di atas dapat membantu anda di
dalam melakukan perancangan kewangan yang tepat untuk diri anda
dan keluarga.

Hubungi saya untuk mendapatkan bantuan perancangan kewangan untuk
anda dan keluarga anda.

Salam Hormat,

Nor Azmi bin Embong
Unit Trust Consultant
Public Mutual Berhad
Tel : 0199876285
Help people create & manage
their wealth in the islamic way!
Our Services :
* EPF Investment Scheme
* Islamic Investment

Rancang pendidikan anak-anak

Salam hormat ,

Kali ini kita berbicara bagaimana anda mesti membuat persediaan
awal untuk membiayai pendidikan anak-anak anda.


Selain daripada pembelian rumah, kos pendidikan anak-anak juga
merupakan perbelanjaan terbesar yang ditanggung oleh kebanyakan
ibu bapa.


Berikut adalah beberapa faktor yang perlu di ambil kira semasa
membuat perancangan pendidikan untuk anak-anak anda :


1. Bilangan anak-anak yang anda ada.

2.Sama ada anda mahu anak anda belajar di universiti tempatan
atau luar negara.

3. Tempoh masa sebelum anak anda memasuki universiti.

4. Jenis kursus yang mungkin di ambil oleh anak anda.

5. Yuran tuisyen semasa dan perbelanjaan-perbelanjaan yang lain.

6. Kadar pertukaran mata wang di negara anak anda akan belajar
nanti.

7. Jangkaan kadar peningkatan kos pendidikan.

8. Pendapatan anda sekarang dan pendapatan yang mungkin diperoleh
pada masa akan datang.

9. Pelaburan yang boleh di peruntukan untuk pendidikan
universiti anak anda.

10. Kadar pulangan yang di jangkakan di perolehi daripada
pelaburan anda.


Saudara/saudari , bermula awal adalah kunci ke arah persediaan
kewangan yang mantap untuk pendidikan anak-anak anda.
Saya boleh melakukan PERSONALIZED REPORT untuk anda
mengetahui jumlah anggaran perbelanjaan pendidikan anak-anak
anda mengikuti kursus dan tempat mereka belajar.

Salam Hormat,

Nor Azmi bin Embong
Unit Trust Consultant
Public Mutual Berhad
Tel : 0199876285

Services :
* EPF Investment Scheme
* Islamic Investment

Rancang persaraan

Salam Sejahtera semua,

Setiap antara kita daripada bidang pekerjaan dan lingkungan umur yang berbeza akan bersara pada suatu hari nanti.
Tanpa mengira bagaimana anda ingin menghabiskan tahun-tahun keemasan anda, anda perlu membuat persediaan kewangan yangmencukupi terlebih dahulu.


Dengan mengikuti langkah-langkah berikut, anda boleh mula mengorak langkah ke arah gaya kehidupan persaraan yang di idamkan.

Langkah 1
Menjangka umur persaraan anda dan tempoh tahun keemasan


Langkah 2
Menentukan keperluan persaraan anda


Langkah 3
Menghitung berapa banyak yang di perlukan untuk menjana tabung persaraan anda dan kekurangannya


Langkah 4
Sediakan pelaburan berjumlah besar untuk memulakan program tersebut


Langkah 5
Mengira berapa banyak yang anda perlukan menyimpan setiap bulan


Bagi mendapatkan langkah-langkah terperinci dan bagaimana saya boleh membuat pengiraan persaraan kepada anda sila hubungi saya seperti di 019=9876285 (NOR AZMI) Unit Trust Consultant Public Mutual Berhad.

Elakkan berhutang

Salam hormat semua,

Hutang adalah sesuatu yang hampir tidak dapat dielakan dalamkehidupan seharian kita.

Mulai saat ini anda mesti mempunyai satu matlamat untuk memulakan satu perjalanan ke arah kebebasan kewangan secara tidak berhutang.
Ada hutang yang tidak dapat dielakkan oleh sebab ketiadaan wang tunai yang banyak seperti membeli rumah atau kereta. Namun ada juga hutang yang boleh dielakkan dengan mempunyai displin diri yang kuat.

Ini ada beberapa tips untuk mengelak daripada berhutang.

1. Jangan membeli sesuatu yang anda tidak perlu. Jika anda tidakpasti, tunggu untuk beberapa minggu sama ada anda memerlukannya atau tidak.
2. Membuat pembelian anda dengan wang tunai atau kad DEBIT.
3. Memulakan satu rancangan simpanan dengan menyimpan sejumlah wang setiap bulan untuk sesuatu yang di ingini.
4. Menggunakan senarai membeli belah yang sudah ditetapkan dan patuh kepadanya.
5. Mengkaji semula pendapatan-perbelanjaan anda.
Salam
Hormat !

regards,Nor Azmi Unit Trust ConsultantPublic Mutual Berhad
Tel : 019-9876285 help people create & managetheir wealth in the islamic way! Services :* EPF Investment Scheme* Islamic Investment*